
SINOPSIS
Syed
Sheikh Al-Hadi adalah reformasi Islam ulung di Tanah Melayu yang
memainkan peranan penting dalam memajukan sistem pendidikan negara,
khususnya sistem agama.Tokoh berketurunan Arab yang lahir di Kampung
Hulu Melaka pada tahun 1867 ini dikenali sebagai pelopor yang
menyalurkan pemikiran dan falsafah perjuangan Kaum Muda.Madrasah
Al-Iqbal adalah madrasah yang pertama didirikan oleh Syed Sheikh Al-Hadi
bagi mengembangkan syiar Islam.Walau bagaimanapun, Madrasah Al-Iqbal
kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat Islam dan dipindahkan ke
Pulau Penyengat, Riau-Lingga.
Pada tahun 1916, Syed
Sheikh Al-Hadi kembali ke Melaka dan mendirikan Madrasah Al-Hadi di
Bandar Kaba pada tahun 1917.Syed Sheikh Al-Hadi yang mendapat pendidikan
agama dan akademik di Mesir menggunakan bahasa pengantar Arab di
madrasah itu.Ekoran daripada pelbagai masalah yang sering dihadapi
menyebabkan Syed Sheikh menutup madrasah itu tahun 1918.Pada tahun 1919,
beliau berhijrah ke Pulau Pinang.Perpindahan beliau ke Pulau Pinang
telah membuka lembaran baru kepada perjuangannya untuk mereformasikan
umat Islam menerusi aliran pembaharuan yang menggalakkan pemikiran
kritis di kalangan umat Islam.
Di Pulau Pinang, Syed
Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Masyhor Al-Islamiyah, iaitu
pada tahun 1919.Syed Sheikh Al-Hadi kemudiannya menceburkan diri dalam
bidang penerbitan buku dan percetakan akhbar.Syarikat percetakan yang
dimiliki oleh Syed Sheikh Al-Hadi ialah Jelutung Press.Melalui syarikat
itu,beliau telah menerbitkan majalah bulanan Al-Ikhwan dan landasan
perjuangan Islam Syed Sheikh Al-Hadi tetap bertapak di Madrasah
Al-Masyhor.Antara pelajar lepasan madrasah itu termasuklah
Dr.Burhanuddin Al-Helmi,Haji Abu BakarAl-Shaari,dan Syeikh Abdullah
Magribi telah mendirikan Madrasah Idrisiah di Perak.Syed Sheikh Al-Hadi
meninggal dunia pada Februari 1934 di Pulau Pinang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar