Renang
Sejarah
Lukisan-lukisan tentang perenang dari
Zaman Batu telah ditemui di "gua perenang" berdekatan
Sura di
Mesir barat daya. Rujukan-rujukan bertulis wujud sejak dari
2000 SM. Pada tahun
1538, Nicolas Wynman, profesor bahasa anak
Jerman, menulis buku pertama tentang renang. Renang pertandingan di
Eropah bermula pada sekitar tahun
1800, kebanyakannya menggunakan
gaya dada. Gaya rangkak depan, ketika itu dipanggil gaya
trudgen, diperkenalkan pada tahun
1873 oleh John Arthur Trudgen selepas menirunya daripada orang-
orang asli Amerika.
Renang merupakan salah satu acara dalam
Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di
Athens. Pada tahun
1900,
gaya kuak lentang dimasukkan ke dalam sukan Olimpik sebagai suatu acara. Pada tahun
1902, gaya
trudgen diperbaik oleh
Richard Cavill, menggunakan tendang keribas. Persatuan renang dunia yang pertama,
Federation Internationale de Natation, dibentuk pada tahun
1908.
Gaya kupu-kupu yang pada mula-mulanya merupakan salah satu kelainan
gaya dada diterima sebagai suatu gaya tersendiri pada tahun
1952.
Tubuh manusia terdiri sebahagian besarnya daripada air dan oleh itu, ia mempunyai
ketumpatan yang amat serupa dengan air. Lebih kurang 70% daripada tubuh manusia ialah air. Ketika
paru-paru diisi dengan
udara, ketumpatan tubuh manusia adalah sedikit kurang daripada ketumpatan air di sekelilingnya. Air akan mengenakan daya
keapungan
pada tubuh manusia dan oleh itu, mengekalkan keapungan hanya memerlukan
sedikit dorongan ke bawah, dengan pergerakan melintang hanya memerlukan
sedikit dorongan ke arah yang bertentangan dengan pergerakan yang
dikehendaki. Pendorongan ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan dan
lengan sebagai
dayung,
dan dengan menendang kaki untuk menolak air dari tubuh (walaupun
tendangan hanya menghasilkan agak sedikit pergerakan pada
keseluruhannya). Oleh sebab
air masin (misalnya, air
lautan) adalah lebih tumpat berbanding dengan
air tawar (misalnya, kebanyakan
kolam renang), tidak banyak usaha diperlukan untuk mengapung di dalam air masin, berbanding dengan air tawar.
Sebilangan
gaya renang telah diperkembangkan, berdasarkan pelaksanaan sesetengah atau kesemua prinsip yang berikut:
Torso dan kaki harus dikekalkan dalam kedudukan yang selari dengan
permukaan air. Kaki yang jatuh atau torso yang condong meningkatkan
seretan secara ketara. Tangan harus didepangkan ke hadapan kepala dengan
sebanyak yang mungkin supaya dapat memanjangkan panjang purata garis
air dan dengan itu, mempercepatkan pergerakan dengan ketara.
Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa daya tangan yang dikenakan pada air sebenarnya dijanakan oleh putaran
pinggul,
dan bukannya oleh otot lengan. Otot yang menarik lengan di dalam air
dipasang seinci dari hujung lengan atas. Dengan lengan sebanyak 21"
panjangnya, nisbah tuil ialah 1:20. Ini bermaksud bahawa tarikan otot
bahu sebanyak 100 paun hanya menghasilkan 5 paun dayanya di bahagian
tangan semasa ia menolak air. Sebaliknya,
tork yang dijanakan oleh otot pinggul yang lebih besar dan lebih kuat mengayunkan tangan di dalam air seolah-olah pemain
golf
atau pemukul bola mengayunkan kayu golf atau kayu pemukul dengan suatu
pusingan yang cepat pada pinggulnya. Perenang-perenang elit yang
berupaya mencapai suatu tambahan yang sederhana pada pencepatan pinggul
mereka akan dapat menambahkan puncak daya tangan sebanyak sekali ganda.
Masa yang dihabiskan pada sisi harus dipanjangkan supaya bahu tidak memecahkan garis air dan mengakibatkan
ombak haluan.
Ini mengurangkan keratan rentas depan, mengurangkan lagi seretan, serta
juga menaikkan nisbah antara panjang and lebar garis air tubuh.
Pembaikan yang serupakan boleh dimungkinkan dengan menyebariskan arah
kepala, tangan, kaki, dan lengan yang paling sempit ke dalam air. Torso
adalah paling penting, berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.
Pergerakan tangan, lengan, dan kaki dari belakang ke hadapan harus
dikekalkan di udara dengan seberapa lama yang mungkin semasa kuak
pemulihan. Ketika di dalam air, pergerakan-pergerakan tersebut harus
dijajarkan dengan seberapa hidrodinamik yang mungkin kerana anggota yang
dikembalikan harus bergerak sekurang-kurangnya dua kali lebih laju
berbanding dengan perenang dan di dalam air, akan menjanakan lapan kali
seretan (yang meningkat dengan kuasa tiga lajunya), berbanding dengan
luas depan torso. Memutarkan bahu juga menambahkan kuasa tarikan dengan
menggunakan otot abdomen untuk membantu menarik lengan di dalam air.
"Tangkap" air yang asas tidak sebegitu penting berbanding dengan
perkara-perkara di atas. Kebanyakan perenang hanya menangkap air dengan
tangan yang rata atau jari-jari yang didepangkan sedikit dan kemudian
ditarik dengan lancar pada sepanjang badan. Semua teknik yang tersebut
tidak memerlukan kekuatan tambahan. Dengan latihan kekuatan, tangan dan
kaki masing-masing boleh dijulurkan dan dilunjurkan lagi ke dalam air
untuk menghasilkan lebih banyak dorongan. Untuk mereka yang baru belajar
renang, kekuatan yang dinaikkan hanya menghasilkan pembaikan yang kecil
jika strategi-strategi di atas (mengurangkan seretan dan memanjangkan
garis air) tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Animasi rangka dan
dinamik bendalir pengkiraan
membenarkan simulasi perenang. Ini membenarkan daya-daya pada sendi dan
otot dikira, dan jika simulasi berbilang digunakan, berbagai-bagai gaya
atau individu boleh dibandingkan. Melalui
grafik komputer atau
tangkapan pergerakan,
simulasi boleh dibandingkan dengan perenang sebenar. Sedangkan ini
menghapuskan banyak keraguan, tekaan masih diperlukan untuk mencipta
gaya-gaya yang baru. Merumuskan sebuah buku panduan untuk perenang masih
merupakan suatu cabaran kepada para jurulatih renang, dan rasa air
masih diperlukan untuk menutup
gelung kawalan supaya gaya-gaya renang tidak kemudian menyimpang.
http://kevinz98.blogspot.com/